Tuesday, 18 April 2023

KESIHATAN MENTAL

 

Kesihatan mental adalah situasi dimana seorang individu menyedari potensinya boleh berdaya tindak terhadap stres kehidupan, boleh bekerja dengan produktif dan boleh menyumbang kepada masyarakat. Masalah kesihatan mental terdiri kemurungan, kecelaruan kebimbangan umum, kecelaruan panik, kecelaruan obsesif kompulsif, kecelaruan stres selepas trauma dan gangguan tidur. Kesihatan mental mempengaruhi kesihatan fizikal, kualiti kehidupan dan produktiviti seseorangPandemik COVID-19 yang melanda telah memberi impak yang besar kepada kesihatan mental setiap individu di seluruh dunia termasuklah rakyat Malaysia. Ramai yang mengalami masalah kesihatan mental seperti kemurungan dan keresahan. Masalah ini terjadi apabila seseorang itu mengalami tekanan yang melampau serta tidak mendapat sokongan yang diperlukan dari keluarga dan sahabat untuk tempoh yang lama.


KEMURUNGAN

1. KEMURUNGAN

Kemurungan adalah gangguan perasaan yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah serta kehilangan minat dalam aktiviti harian. Ia berlarutan sekurang-kurangnya dalam 2 minggu. Penyakit ini boleh dihidapi kepada sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa. Kemurungan boleh berlangsung lama sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun.

Tanda-tanda kemurungan

• Hilang minat terhadap aktiviti harian.

Hilang tumpuan terhadap pekerjaan.

• Masalah atau gangguan tidur.

• Perubahan selera makan.

• Penurunan atau peningkatan berat badan.

• Mudah letih.

• Rasa bersalah yang keterlaluan.

• Putus harapan.

• Rasa rendah diri yang keterlaluan.


SESI KAUNSELING


Setiap individu terdedah kepada masalah kesihatan berkaitan mental tanpa mengira usia dan jantina. Oleh itu, tingkatkan kesedaran dalam diri agar anda lebih bijak menanganinya jika ia berlaku kepada diri sendiri atau insan tersayang. 

Friday, 14 April 2023

BAGAIMANA AKTIVITI KESIHATAN BOLEH MENJALINKAN PERPADUAN

 Program kesihatan berupaya menghimpunkan masyarakat sekali gus memperkukuh perpaduan komuniti di sini. Pertama sekali perkara yang boleh kita dapat daripada kesihatan dan perpaduan ialah kita dapat menjalinkan sesuatu hubungan antara masyarakat satu sama lain. Hal ini dapat,memupuk kekuatan perpaduan di kalangan masyarakat walaupun berlainan agama,budaya,dan asal usul. Sebagai contoh,perkara yang boleh menyebabkan kesihatan dan perpaduan itu terjalin bersama adalah seperti kempen derma darah atau aktiviti gotong royong.


                                                               GOTONG ROYONG

Ketika aktiviti atau kempen dianjurkan sudah semestinya badan kita akan mengeluarkan peluh yang membolehkan badan kita terus kekal cergas. Sudah semestinya sikap tolong menolong akan hadir semasa aktiviti gotong royong dianjurkan. Selain itu,melalui kempen derma darah juga kita dapat meihat perpaduan di kalangan orang melayu india dan cina bersatu padu dan bekerjasama dalam membantu kerajaan untuk mengumpul bekalan darah di bank derma darah bagi membantu mereka yang kekurangan darah merah dan sebagainya. Hal ini dapat meningkatkan kesihatan dan perpaduan dengan menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak kerajaan kepada masyarakat malaysia. Sebagai contoh,aktiviti yang dianjurkan oleh kerajaan kepada masyarakat malaysia adalah aktiviti sukan negara. Sukan bukan sahaja boleh dikategorikan sebagai satu aktiviti atau hobi kesukaan kita bahkan melalui sukan ia dapat membantu kita untuk mengekalkan tubuh badan yang sihat di samping membantu kita untuk kekal bertenaga.

Melalui sukan juga sebagai contoh larian amal kita dapat menguatkan lagi jantung kita di samping menjadikan jantung kita lagi kuat dan mampu berfungsi dengan baik. Ia juga dapat membantu kita daripada mudah terkena sebarang penyakit yang berbahaya seperti kanser tulang,penyakit jantung dan sebagainya yang berpunca daripada amalan gaya hidup kita melalui cara pemakanan seharian kita. Ada sestengah aktiviti larian yang dianjurkan adalah bagi membantu para peserta untuk menjaga kesihatan mereka sebelum mereka menjalani pembedahan organ seperti buah pinggang dan sebagainya. Hal ini kerana apabila mereka hendak mendermakan buah pinggang mereka kepada mereka yang memerlukan,mereka terlebih dahulu perlu menjalani kehidupan yang sihat supaya pada hari pembedahan akan berlangsung risiko mengalami sebarang penyakit yang datang secara tiba tiba dapat dielakkan.Melalui ini kita dapat melihat bagaimana rakyat malaysia begitu prihatin sesama kaum mereka sehingga mereka sanggup berkorban.

                                                                GOTONG ROYONG


KEPENTINGAN MENJAGA KESIHATAN

 Kesihatan merupakan kurniaan daripada tuhan yang tidak terhingga bermakna ia merupakan satu amanah bagi setiap individu untuk menjaga kesihatan mereka kerana ia mampu membantu masyarakat sekeliling dan juga membantu negara dalam menangani cabaran yang tidak terduga.

Walaupun kita cuma rakyat biasa yang tiada ijazah kedoktoran namun serba sedikit ilmu yang kita ambil tahu mengenai sesuatu penyakit mampu membantu mengurangkan beban pihak pakar yang bertanggungjawab merawat penyakit tersebut dan bahkan juga mampu mengingatkan orang lain elakkan perkara yang sepatutnya dielakkan.Contohnya pada musim corona virus merebak seseorang individu diwajarkan untuk mengambil tahu menegnai virus tersebut melaui ilmu yang dipelajari itu kita mampu melindungi keluarga kita khususnya orang-orang tua,memandangkan mereka lebih mudah untuk menjangkiti penyakit ini.Dengan itu ramai yang memutuskan untuk tinggal di rumah bagi menjamin kesihatan keluarga tersayang mahupun anggota keluarga kesayangan seseorang individu yang lain.

Malah kesihatan yang terjaga juga dapat membantu pakar memfokuskan kemahiran mereka terhadap penyakit dari perkara lain yang tiada kaitan dengannya.Contohnya,membantu mereka ketika pendaftaran pesakit,memberi masakan dan minuman kepada para doctor serta jururawat dan sebagainya.Bukan itu sahaja kerajaan juga telah mewujudkan aplikasi Mysejahatera untuk rakyat mengenal pasti paras kesihatan mereka berada dalam keadaan terkawal ataupun tidak dengan aplikasi inilah pemberian vaksin mampu dilaksankan secara terkawal untuk rakyat malaysia.


APLIKASI MYSEJAHTERA

 Dalam hidup ini,kita mestilah menjaga kesihatan dengan baik.Kesihatan diri perlu dijaga supaya kita dapat hidup selesa ,aman dan sejahtera.Oleh itu,menjadi kewajipan seseorang untuk memastikan amalan menjaga kesihatan diri dipratikkan dengan sebaik mungkin.Salah satu kepentingan menjaga kesihatan diri,kita dapat melakukan berbagai aktiviti yang kita sukai.Sebagai contoh,kita dapat bermain bola sepak dan berolah raga dengan selesa.Kesiannya, kita akan lebih gembira kerana dapat melakukan aktiviti yang kita minatiSelain itu,apabila kita menjaga kesihatan kita dengan baik,kita dapat belajar dengan selesa dan dapat menumpukan perhatian sewaktu guru mengajar atau memberi penerangan.Keselesaan ini terhasil disebabkan kita tidak mempunyai sebarang penyakit yang mengganggu kosentrasi kita seperti selsema,demam,sakit perut dan lain lain.

                                                          POSTER GAYA HIDUP SIHAT


Pepatah ada mengatakan bahawa" kesihatan itu lebih baik daripada harta benda".Hal ini kerana duit boleh dicari tapi kesihatan tidak boleh dicari jika kita ditimpa kesakitan.Malah kekayaan yang kita memiliki juga tidak dapat kita nikmati sepenuhnya.Sebagai contoh,jika kita menghadapi penyakit kencing manis,makanan yang sedap seperti daging,udang tidak dapat kita nikmati walaupun kita mempunyai kempuan untuk membelinya.

                                               TIPS UNTUK MENGEKALKAN KESIHATAN


Orang sihat juga mempunyai badan yang lebih cergas dan bertenaga.Jika seseorang itu sihat bekerja,dia dapat melakukan kerja yang diberi dengan baik dan berkualiti.Otak yang cerdas juga datang daripada badan yang sihat.Otak yang cerdas juga membolehkan kita dapat berfikir dengan baik dan rasional.Seterusnya,kita akan menjadi lebih kreatif dan inovatif.Sesunggunhya negara kita amat memerlukan rakyat yang kreatif dan inovatif untuk membolehkan negara kita dapat berkembang maju pada masa hadapan dengan adanya di kalangan rakyat malaysia yang mampu berfikiran luar kotak untuk memajukan negara malaysia.

                                                                         SENAMAN


MAKANAN SEIMBANG



PIRAMID MAKANAN

Pemakanan seimbang adalah tabiat memilih makanan yang merangkumi pelbagai jenis kumpulan makanan dalam jumlah bersesuaian untuk keperluan pelbagai fungsi penting tubuh. Makanan yang seimbang perlu mengandungi nutrien seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan garam galian pada kadar yang betul. Faktor umur, jantina dan aktiviti adalah penting dalam menetukan kuantiti makanan harian atau tenaga yang diperlukan oleh setiap individu.


MAKANAN SEIMBANG
                                                                

Antara kebaikan pemakan seimbang

1. Pembesaran fizikal tubuh badan lebih sempurna

- Tubuh badan manusia memerlukan kesemua zat makanan yang diperlukan untuk mendapat atau membina tubuh badan yang sihat dan cergas.

2. Mengawal kadar obesiti.

- Pengawalan pengambilan makanan juga penting untuk mengelakkan tubuh badan menjadi obesiti dengan mengambil makanan kuantiti yang sedikit tetapi cukup khasiat untuk tubuh badan. 

3. Perkembangan mental seseorang tidak terganggu

- Kekurangan zat makanan atau protein makanan boleh mengakibatkan seseorang itu tidak cergas dan mudah letih bila seseorang individu tersebut melakukan aktiviti. Maka keadaan ini akan menyebabkan seseorang itu gagal berfikir dengan baik untuk membuat keputusan. Jadi permakanan seimbang juga antara penyumbang gaya hidup yang lebih sihat.

4. Memberikan vitamin kepada tubuh badan.

-Badan manusia memerlukan vitamin untuk melawan penyakit yang ada didalam badan manusia dan melindungi penyakit berjangkit. Maka manusia yang mengambil makanan seimbang akan mempunyai kesihatan yang optimum dan lebih baik.


                                          OBESITI KALANGAN KANAK-KANAK

Makanan seimbang amat penting dalam kehidupan manusia yang sihat. Masyarakat perlu mempunyai kesedaran tentang kepentingan makanan seimbang dan mengamalkan amalan ini untuk sepanjang hayat.

Thursday, 13 April 2023

OBJEKTIF


 



  • Mempertingkatkan pengetahuan kesihatan diri, keluarga, masayarakat dan persekitaran.  
  •  Menguasai kemahiran bagi menghadapi dan menangani masalah dan isu berkaitan dengan kesihatan.
  •  Membentuk sikap yang positif terhadap kesihatan berasaskan pengetahuan dan pengalaman.
  •  Menjadikan gaya hidup sihat sebagai rutin harian
  •  Berperanan aktif dalam meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat secara keseluruhan.
  •  Meningkatkan kualiti hidup dalam kalangan rakyat Malaysia.

PENGENALAN




 APAKAH MAKSUD KESIHATAN DAN PERPADUAN?

Kesihatan bermaksud keadaan sempurna dari segi fizikal, mental dan sosial dan tidak hanya seketika ketiadaan sakit. Dalam erti kata lain, kesihatan dapat didefinisikan sebagai kemampuan untuk meneruskan hidup dan prospek positif.

Perpaduan bermaksud penyatuan yang dipamerkan oleh sesebuah masyarkat atau kumpulan yang merujuk kepada perhubungan sosial yang mengaitkan antara sesama manusia (berlainan kaum, bangsa dan agama)

Kesihatan dan perpaduan pula dapat dikaitkan dengan kerjasama antara organisasi dalam bidang kesihatan dalam memastikan masyarakat dengan tidak membezakan agama,bangsa dan kaum bagi memastikan kita semua dapat mengecapi kehidupan masyarakat yang aman dan harmoni. Struktur bidang perubatan ini juga lazimnya terdiri daripada pakar pakar dan staf yang berlainan bangsa dan agama, bersama sama berkongsi kepakaran dan kemahiran bagi memastikan kesihatan masyarakat terjamin. Hal ini dapat menjelaskan bahawa di sinilah titik permulaan perpaduan di kalangan masyarkat yang terdiri daripada berbilang bangsa.

JAWAPAN

 SOALAN 1

1) Susu

2) Buah-buahan

3) Ayam

SOALAN 2

Program kesihatan berupaya menghimpunkan masyarakat sekali gus memperkukuh perpaduan komuniti di sini.Pertama sekali perkara yang boleh kita dapat daripada kesihatan dan perpaduan ialah kita dapat menjalinkan sesuatu hubungan antara masyarakat satu sama lain.Hal ini dapat,memupuk kekuatan perpaduan di kalangan masyarakat walaupun berlainan agama,budaya,dan asal usul.Sebagai contoh,perkara yang boleh menyebabkan kesihatan dan perpaduan itu terjalin bersama adalah seperti kempen derma darah atau aktiviti gotong royong. Selain itu, melalui kempen derma darah juga kita dapat melihat perpaduan di kalangan orang Melayu, India dan Cina bersatu padu dan bekerjasama dalam membantu kerajaan untuk mengumpul bekalan darah di bank derma darah bagi membantu mereka yang kekeurangan darah merah dan sebagainya.

SOALAN 3

1) Kempen derma darah

2) Hari Sukan Negara

SOALAN 4

  • Tutup mulut dan hidung menggunakan tisu apabila batuk dan bersin. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah
  • Kerap cuci tangan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan ( hand sanitizer )
  • Pakai penutup mulut dan hidung (mask) sekiranya bergejala
  • Pastikan anda menjaga kebersihan diri sepanjang masa


KESIHATAN MENTAL

  Kesihatan mental adalah situasi dimana seorang individu menyedari potensinya boleh berdaya tindak terhadap stres kehidupan, boleh bekerja ...