WABAK COVID 19
Sejak tahun 2019, wabak penyakit Covid 19 telah menggemparkan seluruh negara. Negara malaysia antara yang terkesan dengan wabak penyakit ini. Ramai penduduk Malaysia terjejas dari segi ekonomi kerana semua rakyat perlu mengamalkan penjarakan sosial dan diperkenalkan dengan "Bekerja Dari Rumah". Sebahagian daripada majikan pula terpaksa membuang pekerja bagi memastikan operasi perniagaan mereka kekal bertahan. Ini mengakibatkan pengangguran negara semakin meningkat.
LOGO KPM
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah kemas kini data tentang kes tertinggi wabak Covid- 19 sebanyak 1,1746,254 kes keseluruhan dan 170,562 jumlah kematian pada tahun 2021. Ini menyebabkan rakyat Malaysia bimbang akan kesihatan diri dan keluarga. KKM telah memperkenalkan vaksin Covid 19 yang terbahagi kepada 3 iaitu Prizer, AstraZeneca dan Sinovac yang diberikan kepada rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan keatas. Vaksin merupakan pencegahan awal daripada jangkitan Covid 19. Rakyat Malaysia diwajibkan mengambil suntikan vaksin untuk memasuki mana-mana premis seperti pusat membeli belah dan sebagainya. Selain itu, barisan-barisan petugas hadapan (frontliner) yang terdiri daripada polis, tentera, doktor dan sebagainya bertugas dan berkongsi kepakaran untuk memastikan fasiliti keperluan dan keselamatan rakyat terjamin. Rakyat perlu juga bersama-sama menjaga diri daripada jangkitan penyakit ini selaras dengan tagline #kitajagakita.
FRONTLINER
Terdapat langkah-langkah untuk mengurangkan risiko jangkitan Covid 19:
- Tutup mulut dan hidung menggunakan tisu apabila batuk dan bersin. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah
- Kerap cuci tangan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan ( hand sanitizer )
- Pakai penutup mulut dan hidung (mask) sekiranya bergejala
- Pastikan anda menjaga kebersihan diri sepanjang masa



No comments:
Post a Comment