LOGO HARI SUKAN NEGARA 2019
"Sukan untuk Semua" itu dapat dikaitkan serba sedikit mengenai perpaduan antara masyarakat ketika bersukan. Contoh yang paling mudah diambil semasa Bulan Sukan Negara ini dijalankan kaum Melayu, Cina dan India sama sama menyertai acara yang dianjurkan tidak kira di sekolah mahupun komuniti setempat mereka. Oleh itu,wujudnya kerjasama antara satu sama lain apabila bersukan sekali gus dapat mencapai kemenangan ketika menyertai sesuatu acara atau pertandingan.Melalui aktiviti sukan ini bukan sahaja dapat mengeratkan lagi hubungan antara sesama kaum bahkan ia dapat membantu masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum untuk menjadi sesorang yang cergas,aktif dan produktif dengan nilai nilai yang murni untuk menghadapi cabaran di masa depan di samping dapat mengekalkan kesihatan fizikal malah membina kekuatan mental seperti mengawal emosi,fokus,dan mebina semangat berpasukan dalam masyarakat Cina, India mahupun Melayu.Kerajaan pernah menubuhkan satu aktiviti sukan di mana bagi sesiapa yang ingin menyertai aktiviti sukan dengan bertujuan untuk membantu atau menderma organ kepada mereka mengahadapi kanser seperti kanser tulang mahupun sakit jantung.

LARIAN AMAL
Contoh aktiviti yang dilakukan ialah seperti aktiviti larian amal.Larian amal ini bertujuan untuk membantu para peserta untuk mengekalkan kesihatan mereka sebelum mereka menjalani pembedahan pemindahan organ kepada pesakit. Ini bagi mengelakkan daripada berlaku sesuatu yang tidak diinginkan seperti penderma yang ingin menderma organ mempunyai penyakit yang tidak diinginkan ini akan membahayakan nyawa pesakit tersebut. Oleh sebab itu,aktiviti yang dianjurkan ini dapat membantu peserta untuk mengekalkan dan menjaga kesihatan sebelum menderma kepada pesakit tersebut. Larian amal ini bukan sahaja terhad kepada orang Melayu bahkan Cina dan India disamping dapat mengekalkan kesihatan dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim

No comments:
Post a Comment