Tuesday, 11 April 2023

AKTIVITI KESIHATAN

CONTOH AKTIVITI KESIHATAN YANG BOLEH MEMUPUK PERPADUAN: 

 1- Kempen Menderma Darah 

AKTIVITI KEMPEN DERMA DARAH

Perpaduan juga dapat diwujudkan ketika kita mendermakan darah. Kempen menderma darah ini banyak memberi manfaat dari segi kesihatan mahupun dapat memupuk perpaduan di kalangan masyarakat. Dalam kempen menderma darah ini bukan sahaja untuk sesuatu kaum seperti orang Melayu,bahkan kaum lain yang terdiri daripada berbilang bangsa seperti kaum India, Cina mahupun kaum lain di malaysia juga dapat menyertai kempen ini. Kempen menderma darah ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara kaum dan etnik yang ada di Malaysia. Hal ini demikian kerana kita dapat meihat sekeliling kita melalui proses kerjasama antara kaum sekaligus dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama kaum. Kita juga dapat melihat semasa aktiviti kempen darah yang dianjurkan oleh kerajaan juga jururawat yang bertugas untuk membantu proses pemgambilan darah juga terdiri daripada pelbagai kaum seperti Mekayu, India dan Cina. Mereka tidak memilih dalam proses pengambilan darah, mereka melayani semua peserta yang terlibat dalam kempen tersebut secara sama rata tanpa membandingkan kaum sesama mereka.Mereka melayani semua peserta dengan baik tanpa berlaku sebarang pergaduhan. Visi Pusat Darah Negara adalah untuk sedia berkhidmat kepada masyarakat dalam menyediakan darah yang mencukupi dan selamat bagi membantu pesakit yang memerlukan darah atau kekurangan darah apabila pesakit tersebut mengalami sebarang incident yang tidak dijangka.Mereka juga bermatlamat untuk menyediakan darah yang selamat untuk digunakan kepaada para pesakit serta menjadi pusat rujukan yang cemerlang di bidang Transfusi perubatan. Seperti yang dimaklumkan kepada kita,pusat pusat bank darah di malaysia semakin hari semakin mengalami kekurangan darah akibat ramai masyarakat yang tidak mengambil penting tentang menderma darah ini.Ini amat memberi kebimbangan bagi para dokter atau jururawat yang bertugas sama ada dari sektor swasta mahupun kerajaan.Kerana hari demi hari ramai pesakit yang mengalami kecederaan yang serius akibat kemalangan mahupun semasa melahirkan anak bagi ibu yang mengandung.Mereka memerlukan hampir beberapa beg darah bagi menstabilkan darah mereka.Kehilangan darah yang banyak mungkin akan membahayakan nyawa mereka sehingga boleh mendatangkan kematian.Tambahan pula berlakunya fenomena pandemik Covid 19  ini menyebabkan pendermaan oleh masyarakat kerana pada ketika semua rakyat dikehendaki untuk duduk di rumah sehingga banyak sektor pekerjaan terpaksa ditutup.Sehubungan itu,Datuk Seri Norhisyam Abdullah berkata di sidang media di putrajaya, " Stok bekalan darah di Pusat Darah Negara dan Tabung Darah di seluruh negara semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mengalami penurunan sebanyak 40 peratus berbanding dengan tahun tahun yang sebelumnya sebelum berlajunya Pandemik covid 19 ini.

                                                                DERMA DARAH


No comments:

Post a Comment

KESIHATAN MENTAL

  Kesihatan mental adalah situasi dimana seorang individu menyedari potensinya boleh berdaya tindak terhadap stres kehidupan, boleh bekerja ...