Kesimpulannya,dalam setiap perbincangan ini kita dapat lihat perkaitan antara kesihatan dan perpaduan. Kesihatan dan perpaduan saling melengkapi kerana dengan adanya perpaduan antara masyarakat,segala masalah dapat dihadapi bersama.sebagai analoginya,kes covid-19 yang baru baru ini merebak kes seluruh negara seperti cendawan tumbuh selepas hujan dapat diredakan di negara kita dengan kerjasama rakyat yang patuh akan arahan pemimpin. Mereka bekerjasama dengan mengikuti 'SOP' yang ditetapkan serta mengikuti perintah kawalan pergerakan. Di sini kita dapat melihat kerjasama ini telah mewujudkan perpaduan yang kukuh dalam masyarakat yang berbilang kaum dan berbeza agama dari kalangan kaum Melayu, India dan Cina. Melalui kerjasama ini kita mampu mengelakkan kes wabak ini daripada terus menular walaupun bukan pulih sepenuhnya. Kita juga dapat melihat perpaduan di kalangan rakyat malayisa dari segi kempen derma darah yang dianjurkan oleh kerajaan bagi membantu para pesakit yang kekurangan darah. Ramai di antara kalangan rakyat malaysia bersatu padu dalam membantu para pesakit yang memerlukan darah dengan bekerjasama dan bersatu padu dalam menderma darah walaupun berbeza agam dan bangsa namun mereka masih lagi mempunyai nilai urni yang baik bagi membantu mereka yang dalam kesusahan. Biarpun sumbangan mereka kecil bagi mereka,akan tetapi bagi pesakit tersebut sumbangan dan jasa mereka amatlah besar kerana sumbangan derma darah merekalah,mereka masih dapat menghirup udara dan masih bernyawa sehingga sekarang. Di mata mereka,mereka yang menderma darah kepada mereka merupakan seorang wira walaupun tidak mengetahui identiti mereka yang sebenar.
Selain itu, kita haruslah menyemaikan semangat cinta akan negara dan bangsa terlebih dahulu. Hal ini kerana sesungguhnya kesihatan dan perpaduan datangnya dari masyarakat yang mempunyai semangat patriotism yang tinggi kepada negara dan diri mereka sendiri.
Di samping itu,kesimpulan yang kita dapat diolah adalah berkenaan diri kita sendiri. Kita seharusnya cuba untuk memantapkan sahsiah diri kita sendiri supaya matlamat hidup tidak terpesong.
Seterusnya,kita mestilah berganding bahu dengan masyarakat sekeliling kita supaya masalah yang timbul mampu diselesaikan dengan selamat dan berjaya. Disamping itu,kita sewajarnya menanam perasaan yang amat mendalam bagi seorang siswa/siswi untuk mencintai ilmu yang ingin dimiliki di dunia mahupun diakhirat.
Akhir sekali, kita mestilah berpegangan teguh kepada ajaran agama masing-masing. Hal ini dikatakan demikian kerana kita cuba untuk mengelakkan perkara berulang sekali lagi.
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
No comments:
Post a Comment