Friday, 14 April 2023

BAGAIMANA AKTIVITI KESIHATAN BOLEH MENJALINKAN PERPADUAN

 Program kesihatan berupaya menghimpunkan masyarakat sekali gus memperkukuh perpaduan komuniti di sini. Pertama sekali perkara yang boleh kita dapat daripada kesihatan dan perpaduan ialah kita dapat menjalinkan sesuatu hubungan antara masyarakat satu sama lain. Hal ini dapat,memupuk kekuatan perpaduan di kalangan masyarakat walaupun berlainan agama,budaya,dan asal usul. Sebagai contoh,perkara yang boleh menyebabkan kesihatan dan perpaduan itu terjalin bersama adalah seperti kempen derma darah atau aktiviti gotong royong.


                                                               GOTONG ROYONG

Ketika aktiviti atau kempen dianjurkan sudah semestinya badan kita akan mengeluarkan peluh yang membolehkan badan kita terus kekal cergas. Sudah semestinya sikap tolong menolong akan hadir semasa aktiviti gotong royong dianjurkan. Selain itu,melalui kempen derma darah juga kita dapat meihat perpaduan di kalangan orang melayu india dan cina bersatu padu dan bekerjasama dalam membantu kerajaan untuk mengumpul bekalan darah di bank derma darah bagi membantu mereka yang kekurangan darah merah dan sebagainya. Hal ini dapat meningkatkan kesihatan dan perpaduan dengan menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak kerajaan kepada masyarakat malaysia. Sebagai contoh,aktiviti yang dianjurkan oleh kerajaan kepada masyarakat malaysia adalah aktiviti sukan negara. Sukan bukan sahaja boleh dikategorikan sebagai satu aktiviti atau hobi kesukaan kita bahkan melalui sukan ia dapat membantu kita untuk mengekalkan tubuh badan yang sihat di samping membantu kita untuk kekal bertenaga.

Melalui sukan juga sebagai contoh larian amal kita dapat menguatkan lagi jantung kita di samping menjadikan jantung kita lagi kuat dan mampu berfungsi dengan baik. Ia juga dapat membantu kita daripada mudah terkena sebarang penyakit yang berbahaya seperti kanser tulang,penyakit jantung dan sebagainya yang berpunca daripada amalan gaya hidup kita melalui cara pemakanan seharian kita. Ada sestengah aktiviti larian yang dianjurkan adalah bagi membantu para peserta untuk menjaga kesihatan mereka sebelum mereka menjalani pembedahan organ seperti buah pinggang dan sebagainya. Hal ini kerana apabila mereka hendak mendermakan buah pinggang mereka kepada mereka yang memerlukan,mereka terlebih dahulu perlu menjalani kehidupan yang sihat supaya pada hari pembedahan akan berlangsung risiko mengalami sebarang penyakit yang datang secara tiba tiba dapat dielakkan.Melalui ini kita dapat melihat bagaimana rakyat malaysia begitu prihatin sesama kaum mereka sehingga mereka sanggup berkorban.

                                                                GOTONG ROYONG


No comments:

Post a Comment

KESIHATAN MENTAL

  Kesihatan mental adalah situasi dimana seorang individu menyedari potensinya boleh berdaya tindak terhadap stres kehidupan, boleh bekerja ...