Friday, 14 April 2023

KEPENTINGAN MENJAGA KESIHATAN

 Kesihatan merupakan kurniaan daripada tuhan yang tidak terhingga bermakna ia merupakan satu amanah bagi setiap individu untuk menjaga kesihatan mereka kerana ia mampu membantu masyarakat sekeliling dan juga membantu negara dalam menangani cabaran yang tidak terduga.

Walaupun kita cuma rakyat biasa yang tiada ijazah kedoktoran namun serba sedikit ilmu yang kita ambil tahu mengenai sesuatu penyakit mampu membantu mengurangkan beban pihak pakar yang bertanggungjawab merawat penyakit tersebut dan bahkan juga mampu mengingatkan orang lain elakkan perkara yang sepatutnya dielakkan.Contohnya pada musim corona virus merebak seseorang individu diwajarkan untuk mengambil tahu menegnai virus tersebut melaui ilmu yang dipelajari itu kita mampu melindungi keluarga kita khususnya orang-orang tua,memandangkan mereka lebih mudah untuk menjangkiti penyakit ini.Dengan itu ramai yang memutuskan untuk tinggal di rumah bagi menjamin kesihatan keluarga tersayang mahupun anggota keluarga kesayangan seseorang individu yang lain.

Malah kesihatan yang terjaga juga dapat membantu pakar memfokuskan kemahiran mereka terhadap penyakit dari perkara lain yang tiada kaitan dengannya.Contohnya,membantu mereka ketika pendaftaran pesakit,memberi masakan dan minuman kepada para doctor serta jururawat dan sebagainya.Bukan itu sahaja kerajaan juga telah mewujudkan aplikasi Mysejahatera untuk rakyat mengenal pasti paras kesihatan mereka berada dalam keadaan terkawal ataupun tidak dengan aplikasi inilah pemberian vaksin mampu dilaksankan secara terkawal untuk rakyat malaysia.


APLIKASI MYSEJAHTERA

 Dalam hidup ini,kita mestilah menjaga kesihatan dengan baik.Kesihatan diri perlu dijaga supaya kita dapat hidup selesa ,aman dan sejahtera.Oleh itu,menjadi kewajipan seseorang untuk memastikan amalan menjaga kesihatan diri dipratikkan dengan sebaik mungkin.Salah satu kepentingan menjaga kesihatan diri,kita dapat melakukan berbagai aktiviti yang kita sukai.Sebagai contoh,kita dapat bermain bola sepak dan berolah raga dengan selesa.Kesiannya, kita akan lebih gembira kerana dapat melakukan aktiviti yang kita minatiSelain itu,apabila kita menjaga kesihatan kita dengan baik,kita dapat belajar dengan selesa dan dapat menumpukan perhatian sewaktu guru mengajar atau memberi penerangan.Keselesaan ini terhasil disebabkan kita tidak mempunyai sebarang penyakit yang mengganggu kosentrasi kita seperti selsema,demam,sakit perut dan lain lain.

                                                          POSTER GAYA HIDUP SIHAT


Pepatah ada mengatakan bahawa" kesihatan itu lebih baik daripada harta benda".Hal ini kerana duit boleh dicari tapi kesihatan tidak boleh dicari jika kita ditimpa kesakitan.Malah kekayaan yang kita memiliki juga tidak dapat kita nikmati sepenuhnya.Sebagai contoh,jika kita menghadapi penyakit kencing manis,makanan yang sedap seperti daging,udang tidak dapat kita nikmati walaupun kita mempunyai kempuan untuk membelinya.

                                               TIPS UNTUK MENGEKALKAN KESIHATAN


Orang sihat juga mempunyai badan yang lebih cergas dan bertenaga.Jika seseorang itu sihat bekerja,dia dapat melakukan kerja yang diberi dengan baik dan berkualiti.Otak yang cerdas juga datang daripada badan yang sihat.Otak yang cerdas juga membolehkan kita dapat berfikir dengan baik dan rasional.Seterusnya,kita akan menjadi lebih kreatif dan inovatif.Sesunggunhya negara kita amat memerlukan rakyat yang kreatif dan inovatif untuk membolehkan negara kita dapat berkembang maju pada masa hadapan dengan adanya di kalangan rakyat malaysia yang mampu berfikiran luar kotak untuk memajukan negara malaysia.

                                                                         SENAMAN


No comments:

Post a Comment

KESIHATAN MENTAL

  Kesihatan mental adalah situasi dimana seorang individu menyedari potensinya boleh berdaya tindak terhadap stres kehidupan, boleh bekerja ...