Kesihatan mental adalah situasi dimana seorang individu menyedari potensinya boleh berdaya tindak terhadap stres kehidupan, boleh bekerja dengan produktif dan boleh menyumbang kepada masyarakat. Masalah kesihatan mental terdiri kemurungan, kecelaruan kebimbangan umum, kecelaruan panik, kecelaruan obsesif kompulsif, kecelaruan stres selepas trauma dan gangguan tidur. Kesihatan mental mempengaruhi kesihatan fizikal, kualiti kehidupan dan produktiviti seseorang. Pandemik COVID-19 yang melanda telah memberi impak yang besar kepada kesihatan mental setiap individu di seluruh dunia termasuklah rakyat Malaysia. Ramai yang mengalami masalah kesihatan mental seperti kemurungan dan keresahan. Masalah ini terjadi apabila seseorang itu mengalami tekanan yang melampau serta tidak mendapat sokongan yang diperlukan dari keluarga dan sahabat untuk tempoh yang lama.
1. KEMURUNGAN
Kemurungan adalah gangguan perasaan yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah serta kehilangan minat dalam aktiviti harian. Ia berlarutan sekurang-kurangnya dalam 2 minggu. Penyakit ini boleh dihidapi kepada sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa. Kemurungan boleh berlangsung lama sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun.
Tanda-tanda kemurungan
• Hilang minat terhadap aktiviti harian.
• Hilang tumpuan terhadap pekerjaan.
• Masalah atau gangguan tidur.
• Perubahan selera makan.
• Penurunan atau peningkatan berat badan.
• Mudah letih.
• Rasa bersalah yang keterlaluan.
• Putus harapan.
• Rasa rendah diri yang keterlaluan.
Setiap individu terdedah kepada masalah kesihatan berkaitan mental tanpa mengira usia dan jantina. Oleh itu, tingkatkan kesedaran dalam diri agar anda lebih bijak menanganinya jika ia berlaku kepada diri sendiri atau insan tersayang.



.jpeg)
.jpeg)
.png)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
















.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)